715 mangsa banjir di Kota Tinggi masih di PPS

Keadaan di PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi.
Keadaan di PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Keadaan banjir di daerah ini tidak menunjukkan perubahan ketara dengan 715 mangsa masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga ja 12 tengah hari tadi.

Sehingga kini hanya daerah Kota Tinggi di negeri Johor yang terjejas banjir sejak semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi berkata, PPS dibuka di Kolej Vokasional Kota Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, Dewan Seri Teratai Batu 4, Sekolah Kebangsaan ( SK) Mawai dan SK Teluk Ramunia.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam mengeluarkan notis Amaran Cuaca Buruk di beberapa daerah di Pahang dan Johor sehingga hari ini.

Daerah terbabit ialah Rompin, Pahang dan Mersing serta Kota Tinggi yang dijangka mencapai tahap hujan lebat berterusan.

Artikel Berkaitan: