Pemandu lori buang kulit durian tepi sungai didenda RM18,000

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Raub semalam mengarahkan seorang pemandu lori membayar denda RM18,000 selepas mengaku bersalah melonggokkan kulit durian di rizab sungai Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Raub, Mac lalu.

Yap Fook Thiam,54, akan dikenakan hukuman penjara selama dua tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Fook Thiam melonggokkan sisa pepejal terkawal jenis perindustrian iaitu kulit durian di Tepi Sungai Jalan Sempam, Tras, Raub pada 6 Mac lalu.

Tindakan itu dikesan oleh sepasukan anggota penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Penbersihan Awam (SWCorp) Raub yang sedang menjalankan risikan dan operasi di kawasan tersebut berdasarkan aduan awam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SWCorp, Muhammad Fadhli Syam Ramli di hadapan Hakim Mazelan Jamaludin mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Muhammad Fadhli ketika ditemui di Ibu Pejabat SWCorp di Jalan Beserah di sini berkata, pihaknya akan terus menggembleng tenaga dan meningkatkan operasi pencegahan pembuangan sisa pepejal haram di negeri ini.

Artikel Berkaitan: