Periksa label sebelum beli kerusi keselamatan bayi

Pei Hong menunjukkan label yang perlu diperiksa ibu bapa sebelum membuat pembelian kerusi keselamatan.
Pei Hong menunjukkan label yang perlu diperiksa ibu bapa sebelum membuat pembelian kerusi keselamatan.
A
A
A

ALOR SETAR - Orang awam dinasihatkan membeli kerusi keselamatan kanak-kanak dan bayi yang memenuhi piawaian ditetapkan bagi mengelak kecederaan serius jika berlaku kemalangan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong berkata, terdapat beberapa jenis kerusi keselamatan iaitu kerusi keselamatan bayi, kanak-kanak dan 'car booster' (sokongan) yang boleh dipilih mengikut umur, berat dan ketinggian.

"Memang ada kerusi keselamatan yang mencecah ribuan ringgit namun ada juga harga mampu milik. Ibu bapa boleh memilih mengikut bajet mereka tetapi perlu ada label QR MIROS.

"Bagaimanapun, ada yang tidak memeriksa label piawaian dan mengikut garis panduan kerusi keselamatan dikeluarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kerana mahu mendapatkan yang murah," katanya.

Antara jenis kerusi keselamatan yang perlu dipasang dalam kenderaan.
Antara jenis kerusi keselamatan yang perlu dipasang dalam kenderaan.

Menurutnya, ibu bapa yang membuat pembelian kerusi keselamatan terpakai atau 'preloved' turut dinasihatkan memeriksa label bagi memastikan ia tidak melebihi had masa penggunaannya.

"Kita sedang berusaha menghebahkan perkara ini melalui pelbagai saluran termasuk media sosial demi memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan pemasangan kerusi keselamatan.

"Tahap kesedaran orang ramai didapati semakin tinggi untuk memasang kerusi keselamatan bayi seperti diwajibkan kerajaan pada 2020," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pei Hong berkata, semua ibu bapa perlu melatih atau membiasakan anak mereka menggunakan kerusi keselamatan sejak dari awal.