Banglo jadi pusat 'aktiviti online' warga China diserbu

Seramai 40 warganegara China ditahan dalam serbuan sebuah banglo elit di Ipoh.
Seramai 40 warganegara China ditahan dalam serbuan sebuah banglo elit di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Jabatan Imigresen Perak semalam menahan 40 warga China termasuk dua wanita yang disyaki menjalankan aktiviti dalam talian sejak dua minggu lalu.

Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 54 tahun itu ditahan di sebuah banglo elit di di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Gopeng di sini semalam.

Pengarah Imigresen, Kamalludin Ismail berkata, mereka menjalankan kegiatan berkenaan dalam kediaman yang tiada pergerakan keluar masuk malah hanya menggunakan khidmat atas talian bagi mendapatkan bekalan makanan.

Kamalludin (tengah) mengadakan sidang media berikutan kejayaan JIM Perak menumpaskan kegiatan atas talian.
Kamalludin (tengah) mengadakan sidang media berikutan kejayaan JIM Perak menumpaskan kegiatan atas talian.

"Banglo yang disewa dengan harga lebih RM10,000 sebulan itu juga dilengkapi dengan sistem keselamatan tinggi dan hanya menggunakan interkom untuk berhubung," katanya pada sidang akhbar di Dewan Bankuet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Meru Raya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan menemui 80 telefon bimbit, 31 komputer, tujuh 'router' berteknologi tinggi, 76 kad bank, 20 kad kredit dan 31 kad identiti dari negara China serta mata wang dari pelbagai negara.

Kamalludin berkata, banglo berkenaan turut disyaki sebagai lokasi aktiviti tidak bermoral apabila puluhan kondom ditemui dan dua wanita berusia 24 dan 54 tahun sebagai tukang masak dan pemuas nafsu kepada suspek lelaki.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian wang tunai, kad kredit, kad bank yang dirampas daripada suspek.
Sebahagian wang tunai, kad kredit, kad bank yang dirampas daripada suspek.

Beliau memberitahu, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tinggal di negara ini tanpa dokumen dan salah guna pas sosial pula disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kami tidak menolak kumpulan ini adalah serpihan daripada kumpulan yang pernah diserbu di beberapa negeri baru-baru ini dan siasatan diteruskan bagi mengesan dalang utama sindiket ini," katanya.