Mohon sijil halal tidak sesukar mana

Jakim merekodkan 7,948 permohonan persijilan halal dan sebanyak 7,447 telah diluluskan pada 2018 dengan peratus kelulusan 93.69 peratus.
Jakim merekodkan 7,948 permohonan persijilan halal dan sebanyak 7,447 telah diluluskan pada 2018 dengan peratus kelulusan 93.69 peratus.
A
A
A

PENGURUSAN halal yang diterokai Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sejak 45 tahun lalu bukan sahaja diyakini di peringkat domestik tetapi mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Ekosistem pengurusan halal yang dilaksanakan oleh Jakim juga kukuh dan berkembang pesat.

Persijilan halal yang dikeluarkan oleh Jakim telah dicontohi di peringkat antarabangsa dan menjadi mercu tanda industri halal yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Halal Malaysia mempunyai lapan standard yang berjaya dibangunkan dalam pelbagai bidang antaranya makanan dan minuman, premis makanan, kosmetik, farmaseutikal dan logistik.

Menurut laman web Jakim, yuran persijilan halal adalah berpatutan iaitu untuk perniagaan mikro hanyalah RM100 setahun manakala RM200 untuk tempoh dua tahun.

Syarikat besar dan multinasional pula dikenakan yuran berjumlah RM1,000 sebulan dan RM2,000 untuk tempoh dua tahun.

Jakim merekodkan 7,948 permohonan persijilan halal dan sebanyak 7,447 telah diluluskan pada 2018 dengan peratus kelulusan 93.69 peratus.

Ini membuktikan permohonan sijil halal semakin meningkat dan perbandingan tahun 2017 dan 2018 adalah sebanyak 6.65 peratus.

Artikel Berkaitan:

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF

Bagaimanapun, persepsi masyarakat tempatan masih skeptikal untuk memperoleh sijil halal antaranya sukar mendapatkan sijil halal, mahal dan lambat.

Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, tiga perkara tersebut merupakan antara alasan yang diterima daripada pihak industri sejak dahulu.

“Mereka hanya perlu menyediakan dokumentasi dan persediaan permohonan sijil halal yang memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya bagi memberi penjelasan berhubung masalah berkenaan.

Menurutnya, pemain industri boleh memohon sijil halal dengan berurusan terus di pejabat Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri tanpa menggunakan orang tengah atau ejen.

Jelas beliau, jika usahawan atau pemain industri benar-benar memahami prosedur standard yang berkaitan dengan produk ketika memohon persijilan halal, ia bukanlah perkara yang sukar seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.