Tentera cuba rampas kuasa

Tentera menggesa rakyat bangkit menentang presiden.
Tentera menggesa rakyat bangkit menentang presiden.
A
A
A

LIBREVILLE - GABON. Tentera di Gabon melakukan cubaan rampasan kuasa di negara kaya dengan sumber minyak itu.

Menurut tentera yang menguasai stesen radio pada awal pagi tadi, kudeta itu dilancarkan untuk memulihkan demokrasi di negara tersebut.

Menerusi kenyataan ringkas ketika mengumumkan Majlis Pemulihan Kebangsaan, pegawai tentera terbabit mengkritik Presiden Ali Bongo yang kini berada di Maghribi selepas beliau berucap buat pertama kali sempena sambutan Tahun Baharu susulan serangan strok pada Oktober lalu.

Jelas pemimpin Gerakan Patriotik Pasukan Pertahanan dan Keselamatan Gabon, Leftenan Kelly Ondo, keadaan kesihatan Bongo telah membangkitkan keraguan tentang keupayaan beliau untuk menjalankan tugasnya sebagai presiden.

Insiden itu bagaimanapun berakhir selepas menteri komunikasi memaklumkan beberapa pegawai tentera yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa itu telah ditahan dan situasi kini terkawal. - Agensi

Artikel Berkaitan: