X

Kindly register in order to view this article
!

Buat kerja sukarela jangan bersifat 'touch and go'

Dari kiri: Fitri Musa selaku moderator, Hafiz Hamidun, Farah Fauzana, Ahmad Fahmi dan Mohd Azizan mengupas tajuk Kerja Sukarela: Kenapa Kami Terlibat? di Dewan Tun Canselor, MMU Cyberjaya semalam.
A
A

CYBERJAYA - Kerja-kerja sukarela harus dilakukan secara konsisten atau berterusan dan bukannya 'one off' bagi pastikan impak serta keberkesanan sesuatu aktiviti dijalankan benar-benar mencapai matlamat diharapkan.

Menurut Pengasas Food For Gelandangan (FFG), Mohd Azizan Zainal Abidin, sukarelawan perlu turut menyantuni kumpulan sasar bagi menyelami perasaan mereka dan sebenarnya program berbentuk 'touch and go' tiada kesinambungan kurang memberi kesan.

"Aktiviti sukarelawan ini jangan buat secara 'one off', jadikan ia sebagai tahunan, bulanan atau bagi penuntut pusat pengajian tinggi sebagai program setiap semester. Jangan selepas habis aktiviti, sekadar berakhir di situ sahaja.

"Dapat ikut sahaja pun dah cukup kerana apabila turun ke lapangan kita akan dapat lihat dan rasai sendiri, kata-kata sebenarnya tidak dapat menggambarkan rasa bersyukur. Sebagai contoh, kumpulan gelandangan.

"Ada yang sediakan makanan secara 'food truck' dan gelandangan perlu ke kenderaan itu bagi dapatkan makanan. Bagi menyantuni mereka, ibarat kalau pergi rumah orang kita ketuk pintu, bagi salam baru masuk dan dalam konteks gelandangan, rumah mereka di kaki-kaki lima... cara terbaik kita bawa air serta bungkusan makanan santuni mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu #cakaplah bertajuk Kerja Sukarela: Kenapa Kami Terlibat? anjuran Sinar Harian bertempat di Dewan Tun Canselor, Univerisiti Multimedia Malaysia(MMU) Cyberjaya di sini semalam.

Personaliti TV, Fitri Musa bertindak sebagai moderator dan tiga panelis lain turut diundang ialah selebriti, Farah Fauzana, Hafiz Hamidun serta Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

Katanya lagi, sukarelawan itu bukan dengan hanya dalam bentuk makanan sahaja tetapi juga pelbagai keperluan lain lagi termasuk sentuhan dengan menyantuni serta menyelami kehidupan mereka.