Negaraku 'Mandarin' sentimen anti nasional kepada pelajar

Laporan Sinar Harian berhubung klip video tular yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin. Gambar kecil: Naib Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Aizat Zakaria
Laporan Sinar Harian berhubung klip video tular yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin. Gambar kecil: Naib Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Aizat Zakaria
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah melahirkan kebimbangan apabila wujud sentimen anti nasional yang didoktrin kepada pelajar sekolah.

Naib Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Aizat Zakaria berkata, pihaknya kesal kerana ada pihak cuba mencabar kesabaran rakyat Malaysia apabila menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin oleh sekumpulan murid sekolah rendah.

"Klip video yang tular itu disifatkan sebagai perbuatan anti nasional yang bertentangan dengan kepentingan negara. Lagu kebangsaan, Negaraku tidak boleh diubah kerana telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Negaraku yang menjadi lagu rasmi kebangsaan juga tidak boleh dipersendakan dalam apa jua bentuk dan ia sama sekali tidak boleh diubah lirik atau melodinya oleh mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Aizat berkata, selain bersikap anti nasional, ia bertentangan dengan kepentingan negara, susulan lagu kebangsaan itu diubah lirik dalam bahasa lain.

“Ini tidak sepatutnya berlaku, ia tindakan yang biadab. Kami gesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat, kami juga sarankan supaya Kementerian Pendidikan menyiasat perkara ini dan kenakan tindakan sewajarnya kepada pihak yang melakukannya,” katanya.

Menurutnya, peristiwa seumpama itu tidak seharusnya berulang dengan skrip yang sama iaitu hanya disusuli dengan permohonan maaf tanpa tindakan tegas terhadap pelaku setelah melakukan kesilapan.

“Kami harap parti pemerintah mengambil semangat Kongres PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang mempunyai jiwa pendekar, mempersembahkan silat pada kongres itu supaya bangkit, bersemangat waja terhadap individu yang biadab menghina lagu Negaraku,” katanya.

Artikel Berkaitan: