Gantung baju disimbah cat merah di flyover

Sehelai baju putih yang disimbah cat merah ditemui tergantung di bawah laluan bertingkat menuju ke Padang Besar hari ini.
Sehelai baju putih yang disimbah cat merah ditemui tergantung di bawah laluan bertingkat menuju ke Padang Besar hari ini.
A
A
A

PADANG BESAR - Sehelai baju putih yang disimbah cat merah ditemui tergantung di bawah laluan bertingkat (flyover) menuju ke Padang Besar di sini hari ini

Baju putih yang dipercayai kemeja itu telah disimbah cat berwarna merah pada bahagian dada sebelah kanan dan diikat pada tali sebelum digantung pada laluan bertingkat berkenaan.

Kejadian yang cuma kira-kira 1 kilometer dari pintu sempadan itu dilihat oleh wartawan Sinar Harian ketika melalui jalan berkenaan pada jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya sudah menurunkan baju berkenaan sekitar jam 1 petang.

"Setakat ini, tiada laporan polis diterima dan tiada kertas siasatan dibuka namun pihak polis masih mencari petunjuk motif sebenar insiden terbabit," katanya ketika dihubungi.

Surina juga enggan mengulas lanjut sama ada insiden itu ada kaitan dengan pembongkaran kejadian penyeludupan di Padang Besar.

"Walau apa jua motifnya kejadian ini tidak sesekali menjejaskan tugas polis," katanya.

Artikel Berkaitan: