X

Kindly register in order to view this article
!

Sweat & Shoot: Ke arah Malaysia sihat

Pertandingan Street Soccer 4on4 dan Basketball 3on3 akan diadakan pada hari Ahad, 15 Disember 2019 ini bermula jam 8 pagi di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
A
A

BERSUKAN adalah aktiviti terbaik untuk kekal sihat dan bertenaga.

Oleh itu, atas semangat ke arah rakyat Malaysia yang sihat, Sinar Harian bersama Sin Chew Daily menganjurkan program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi.

Ketua Pegawai Operasi Group Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, program julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan pelbagai kaum malah menggalakkan orang ramai bersukan.

“Kita mahu orang ramai bersukan tanpa mengira kaum. Aktiviti kesihatan ini diadakan tanpa diskriminasi seperti mana tema yang kita angkat dalam pertandingan ini.

“Jadi, kita berharap pogram ini dapat membudayakan kembali aktiviti sukan dengan melibatkan semua kaum agar ia dapat memelihara hubungan erat sesama kita di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (Kandungan dan Pemasaran) Sin Chew Daily, Tan Lee Chin berkata, aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan tetapi lebih kepada membuka mata masyarakat tentang kepentingan perpaduan.

“Sebenarnya kita mahu mengubah pemikiran bahawa aktiviti sukan boleh memberi peluang kepada semua kaum untuk bergaul dan beramah mesra.

“Kita berharap program ini memberi impak dalam usaha memupuk perpaduan dan merapatkan hubungan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Pertandingan Street Soccer 4on4 dan Basketball 3on3 akan diadakan pada hari Ahad, 15 Disember 2019 ini bermula jam 8 pagi di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Hadiah wang tunai berjumlah RM15,200 menanti pasukan bertuah. Johan akan membawa pulang RM3,000, naib johan RM2,000, ketiga RM1,200, keempat RM800 dan empat pasukan berjaya ke suku akhir menerima RM150.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya e-sports, penalty shootout, basketball shootout, stage games, persembahan pancaragam dan artis popular tanah air.

Jadi, apa tunggu lagi, daftarkan pasukan anda dengan menghubungi Mohd Firdaus Ishak di talian 019-3087158 atau 03-51017402.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus