Saiful Bahari, di mana anda?

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sekali lagi meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes culik aktivis sosial Amri Che Mat pada November 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki yang dikenali sebagai Saiful Bahari Abdul Aziz, 41, adalah saksi penting kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai atau mengenali penama berkenaan diminta menghubungi Inspektor Wan Ahmad Zakiman Wan Ismail di talian 013-7117025 atau 03-22666071," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 29 Ogos lepas, polis telah mengeluarkan kenyataan yang sama meminta orang ramai untuk memberi maklumat mengenai Saiful Bahari.

Pada April lepas, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Saiful Bahari adalah saksi penting berhubung kehilangan Amri dari Perlis. - Bernama

Artikel Berkaitan: