Jabatan Kesihatan Labuan periksa lebih 300 premis makanan

Jabatan Kesihatan Labuan
Jabatan Kesihatan Labuan
A
A
A

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan telah memeriksa lebih 300 premis makanan selaras dengan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Pengarahnya Dr. Ismuni Bohari berkata hasil pemeriksaan itu, sebanyak 84 notis dikeluarkan kepada pemilik premis atas kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan merokok.

“Bagaimanapun dalam tempoh tersebut tiada sebarang notis dikeluarkan kepada orang awam atas kesalahan merokok di premis makanan dan ini menunjukkan ada kesedaran dikalangan perokok mengenai peraturan baharu ini ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai Operasi Penguatkuasaan Perwartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok di sekitar kawasan China Town di sini, semalam.

Dr. Ismuni berkata, operasi melibatkan 48 penguatkuasa Jabatan Kesihatan dan turut disertai pegawai kesihatan dari Perbadanan Labuan lebih bersifat kempen dan pendidikan kepada orang ramai mengenai peraturan tersebut yang dijalankan sehingga Jun tahun ini.

Dalam operasi itu, sebanyak empat lokasi telah diperiksa melibatkan kawasan pekan Jati, Utama Jaya, Terminal Feri dan China Town, kata beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: