Jaga 'kepala' parti masing-masing: MB Perak

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Pembangkang diingatkan agar menjaga 'kepala' parti daripada sibuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, gambaran pihak pembangkang kononnya kerajaan negeri diibarat 'gerabak tanpa kepala' disebabkan ketiadaan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang boleh menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri lumpuh tidak benar sama sekali.

Menurutnya, struktur kerajaan begitu lengkap dan menjadi amalan apabila sesuatu jawatan itu kosong, ia akan dipangku oleh timbalan atau sebagainya.

"Ini satu tindakan yang tidak sihat. Berkali-kali saya katakan bukan masanya untuk kita memberikan rakyat keadaan yang tidak selesa tetapi beri kerjasama membangunkan negeri memastikan ekonomi negeri dapat dibangunkan.

"Bercakap pasal kepala, kalau gerabak tak ada kepala, dia tak berjalan tetapi kalau kepala dah busuk, virus sampai ke badan.

"Jadi nasihat saya jaga dulu kepala dalam parti mereka kerana bila kepala dah busuk, mungkin badan dapat penyakit sama," katanya kepada pemberita selepas ditemui hadir merasmikan Karnival Jom Crazy di kompleks membeli belah AEON Big Falim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media bersama Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mendakwa pentadbiran kerajaan negeri kini 'lumpuh' susulan ketiadaan dua Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak yang sepatutnya memangku tugas di peringkat pentadbiran negeri berikutan kekosongan kerusi SUK sejak Ahad lalu belum lagi diisi.

Ahmad Faizal dalam pada itu berkata, semua pihak perlu berhati-hati dalam memberikan sebarang kenyataan khususnya berkaitan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: