X

Kindly register in order to view this article
!

Tunku Azizah naik KLIAEkspres curi tumpuan rakyat

Foto baginda menaiki KLIAEkpres dimuat naik di Instagram Istana Negara.
A
A

KUALA LUMPUR - Sikap rendah diri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadikan baginda disanjung hingga sentiasa menjadi tumpuan rakyat yang mahu mengikuti perkembangannya termasuk di laman sosial.

Hari ini, baginda berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan Keretapi Ekspres Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIAEkpres) dari Stesen KL Sentral mencuri perhatian netizen.

Baginda dijadual berangkat ke negara India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa yang akan berlangsung di New Delhi pada 7 Disember 2019.

Foto baginda tiba di KLIAEkpres dimuat naik di Instagram Istana Negara 2 jam lalu telah dihujani pelbagai komen dari rakyat.

Lebih menarik perhatian netizen adalah gaya bersahaja Tunku Azizah Aminah Maimunah yang tidak kekok beramah mesra dengan orang ramai.

Rata-rata pelayar meninggalkan komen positif dengan memuji tindakan baginda menaiki pengangkutan awam.

Kata @nasaruddinsharani, "Ya ALLAH mulianya hati tuanku boleh naik tren je. Ringkas hidup tuanku. Saya bagi 100 bintang, daulat tuanku."

"Permaisuri sentiasa cantik, suka sangat tengok. Daulat tuanku semoga selamat sampai ke destinasi." kata eina_yahaya.

Dalam pada itu, @aidahmustafa memberitahu, "Rasanya inilah pertama kali kot seorang yang bergelar Raja Permaisuri Agung naik ERL. So humble. Daulat Tuanku.

"Alhamdulillah, tahniah Tuanku Permaisuri buah hati rakyat. Sempoi jer dan murah dengan senyuman."


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus