Taktik seludup PATI ketika banjir dikesan

PGA Batalion 9 Kuala Terengganu menahan enam pati warga Myanmar di hadapan SK Gual Tok Deh.
PGA Batalion 9 Kuala Terengganu menahan enam pati warga Myanmar di hadapan SK Gual Tok Deh.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki tempatan menggunakan taktik menjalankan kegiatan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam suasana banjir dan keadaan tidak menentu ketika ini bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam, tindakan tersebut bagaimanapun berjaya dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu melalui penahanan sebuah Perodua Alza dalam keadaan mencurigakan dalam perjalanan dari pangkalan haram Sharifah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah menahan pemandu kenderaan tersebut yang merupakan warga tempatan bersama enam PATI warga Myanmar di hadapan sekolah tersebut.

PGA Batalion 9 Kuala Terengganu menahan enam pati warga Myanmar di hadapan SK Gual Tok Deh.
PGA Batalion 9 Kuala Terengganu menahan enam pati warga Myanmar di hadapan SK Gual Tok Deh.

"Pemeriksaan lanjut ke atas pemandu berkenaan membawa kepada penemuan dadah jenis pil yaba disembunyikan di bawah pelapik kaki tempat duduk pemandu kenderaan," katanya.

Nor Azizan berkata, saringan awal air kencing ke atas pemandu tersebut mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine, manakala kesemua PATI terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

Sehubungan itu katanya, pemandu dan kesemua pati warga Myanmar itu dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: