Mangsa banjir di Terengganu menurun

Keadaan sebuah jalan dinaiki air di Kampung Matang, Hulu Terenganu.
Keadaan sebuah jalan dinaiki air di Kampung Matang, Hulu Terenganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sehingga jam 6 petang tadi, mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 895 orang daripada 231 keluarga ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tiga daerah di negeri ini.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Kuala Terengganu mencatatkan 390 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong di sini.

Seramai 466 mangsa banjir di Kuala Nerus pula ditempatkan di lima buah PPS di daerah itu serta seramai 39 mangsa banjir lagi di Setiu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, limpahan air Sungai Nerus yang bertembung di lembangan Sungai Terengganu menyebabkan peningkatan jumlah mangsa banjir dari daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Katanya, keadaan yang berlaku menyebabkan peningkatan paras air sekaligus menyebabkan penduduk di kawasan terlibat terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat.

"Keadaan ini berlaku disebabkan penurunan air daripada bahagian hulu sungai bertembung di lembangan Sungai Terengganu menyebabkan peningkatan paras air di dua daerah itu.

"Hal ini menyebabkan penduduk di kawasan terlibat terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan," katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa, kesemua mangsa banjir bagi lima daerah lagi iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman telah dibenarkan pulang ke rumah secara beransur bermula hari ini.

Artikel Berkaitan: