Korban Taufan Kammuri cecah 17 orang

Beberapa tiang bekalan kuasa turut tumbang di bandar Camalig.
Beberapa tiang bekalan kuasa turut tumbang di bandar Camalig.
A
A
A

MANILA - Angka korban Taufan Kammuri yang membadai wilayah selatan Filipina telah mencecah kepada 17 orang, menurut agensi bencana hari ini.

Kammuri yang merupakan ribut kuat ke-20 melanda Manila pada tahun ini tiba di negara itu pada malam kelmarin hingga memaksa kira-kira separuh penduduk dipindahkan selain ratusan penerbangan dibatalkan.

Ia turut menyebabkan sebahagian daripada acara Sukan Asia Tenggara (SEA) terpaksa ditangguhkan sebagai langkah keselamatan.

Sehingga kini, sebahagian daripada 12 laluan dan tiga jambatan masih ditutup.

Kira-kira 345,000 penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara dan menunggu kebenaran pihak berkuasa untuk kembali ke rumah masing-masing.

"Kammuri mengakibatkan kemusnahan harta benda yang besar termasuk hasil pertanian," kata jurucakap agensi bencana, Mark Timbal.

Difahamkan, angin kencang yang dibawa Kammuri menjadi semakin lemah kepada 100 kilometer sejam (km/j) dengan angin kencang sehingga 125km/j ketika ia sedang menuju ke Laut China Selatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: