Gesa tindakan tegas kepada penganjur himpunan PKM

ABD RAHMAN
ABD RAHMAN
A
A
A

PUTRAJAYA - UMNO Selangor menggesa kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan Parti Komunis Malaya (PKM), di sebuah kolej swasta sekitar Kajang baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, penganjuran itu satu tamparan hebat kepada rakyat negara ini malah turut menyinggung perasaan waris pejuang yang terkorban akibat kekejaman komunis.

Beliau berkata, UMNO Selangor memandang serius penganjuran perhimpunan tersebut berikutan PKM merupakan pertubuhan yang diharamkan di negara ini.

"Kerajaan perlu bertindak tegas kepada penganjur perhimpunan itu yang melanggar undang-undang negara ini," katanya selepas sidang akhbar Kejohanan Golf Amal Rangkaian Sahabat (RS) 2019 yang berlangsung di Urbanhive hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 300 individu mengikuti perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu.

Difahamkan, perjumpaan itu juga bertujuan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Turut hadir pada perhimpunan berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Artikel Berkaitan: