Taufan Kammuri badai Filipina

Anggota polis mengalihkan pokok tumbang berhampiran lapangan terbang bandar Legaspi di wilayah Albay, selatan Manila hari ini. -Foto AFP
Anggota polis mengalihkan pokok tumbang berhampiran lapangan terbang bandar Legaspi di wilayah Albay, selatan Manila hari ini. -Foto AFP
A
A
A

MANILA - Taufan Kammuri membadai Filipina dengan membawa angin kencang dan hujan lebat lewat semalam hingga memaksa ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.

Ribut paling kuat yang turut menerbangkan bumbung rumah itu dijangka melepasi selatan Manila yang didiami kira-kira 13 juta penduduk dan ribuan atlet yang menyertai Sukan Asia Tenggara (SEA).

Agensi ramalan kaji cuaca memaklumkan Kammuri kekal kuat sehingga 155 kilometer sejam dan angin kencang maksimum 235 kilometer sejam.

"Kami masih menilai kerosakan, namun ia kelihatan sangat teruk. Ada tempat di mana paras air mencecah sehingga bumbung," kata pegawai bencana, Luisito Mendoza yang menjelaskan kebanyakan pokok dan tiang penyambung kuasa turut tumbang.

Angin yang terlalu kencang menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino terpaksa menutup operasi dan mengakibatkan hampir 500 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Pihak berkuasa menganggarkan penutupan itu akan dilakukan sehingga jam 11 malam (waktu tempatan) hari ini, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca. - AFP

Artikel Berkaitan: