Bekalan baja mencukupi: Nafas

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bersedia mengagihkan pembekalan baja subsidi kepada pesawah dengan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk musim penanaman kedua.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, Nafas hanya menunggu arahan bertulis daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk dibekalkan mengikut peruntukan disediakan kerajaan.

"Nafas bersedia mengagihkan bekalan baja kepada pesawah terutama di Kedah dan Perlis, namun pembekalan benih padi bukan di bawah bidang kuasa Nafas, sebaliknya ia diuruskan oleh pihak lain.

"Kami hanya menunggu surat kelulusan sambung kontrak daripada kementerian bagi melancarkan proses pengagihan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah semalam yang meminta Nafas menyelesaikan masalah pembekalan benih padi dan baja dengan segera kerana membabitkan lebih 900,000 ahli.

ARTIKEL BERKAITAN: MOF harap masalah petani diselesaikan segera

Menurutnya, di peringkat Kementerian Kewangan (MOF), peruntukan bagi input pertanian kepada MOA berjalan seperti biasa setiap tahun.

Katanya, sejak Januari sehingga November tahun ini, Nafas telah mengagihkan sebanyak 246,431 metrik tan baja subsidi kepada pesawah di seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Kita tidak mempunyai masalah untuk membuat pembekalan kerana stok baja mencukupi, malah proaktif membuat persediaan pembekalan baja walaupun belum mendapat surat sambung kontrak daripada kementerian.

"Nafas memahami keperluan dan permintaan penanaman padi kerana selama ini Nafas yang diberi tanggungjawab membekalkan baja subsidi kepada pesawah di seluruh negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Petani gusar, baja dinanti tak muncul-muncul