PH optimis rampas kerusi parlimen Cameron Highlands

Ulya Aqamah Husamudin
Ulya Aqamah Husamudin
A
A
A

SHAH ALAM - PH optimis mampu merampas kerusi Parlimen Cameron Highlands daripada BN pada PRK 26 Januari ini, meskipun bakal berdepan saingan tiga penjuru atau lebih.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin selepas melihat sokongan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah ketika ini.

Katanya lagi, meskipun secara tradisinya kerusi itu dimiliki BN melalui parti komponen MIC, namun tidak mustahil PH mampu merampasnya dalam PRK kali ini.

"Bagi saya tidak menjadi masalah untuk PH menang (di Cameron Highlands) kerana berdasarkan rekod beberapa PRK selepas PRU14 lalu, kita berjaya menang kesemuanya.

"Malah, pada PRU14 lalu, BN menang di Cameron Highlands pun disebabkan penipuan.

"Jadi, pandangan saya juga selari dengan pucuk pimpinan tertinggi PH bahawa calon kita dapat merampas kerusi pada PRK kali ini," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: PH umum Manogaran calon PRK Cameron Highlands]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kayveas sah rebut Parlimen Cameron Highlands]

Artikel Berkaitan:

PRK Cameron Highlands diadakan semula susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Datuk C Sivarrajah (BN) pada PRU14 selepas berlaku amalan rasuah bagi mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan.

Sivarrajah menang kerusi Parlimen Cameron Highlands membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.