X

Kindly register in order to view this article
!

PH umum Manogaran calon PRK Cameron Highlands

M Manogaran
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran diumumkan sebagai calon PH bagi menghadapi PRK Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Manogaran adalah calon PRK14 lalu.

“Kita telah tentukan sapa bertanding. Calon kita adalah calon lama pada PRU14 lepas kekal bertanding.

“Kita yakin akan menang PRK ini walau siapa pun yang bertanding dan kita percaya akan dapat atasi masalah,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary, di sini, hari ini.

Pada 4 Jun lepas, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 pada 9 Mei lalu bagi Parlimen Cameron Highlands yang disandang Datuk C Sivarraajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Susulan daripada itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan pilihan raya berkenaan terbatal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Disember lepas mengesahkan Naib Presiden MIC, Sivarraajh tidak layak bertanding dalam PRK berkenaan yang bakal diadakan pada 26 Januari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus