X

Kindly register in order to view this article
!

Kawasan Lembangan Sungai Pahang di Jerantut dijangka banjir

A
A

KUANTAN - Beberapa kawasan di Lembangan Sungai Pahang melibatkan Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Jerantut dijangka banjir bermula petang esok.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mengeluarkan amaran banjir di Lembangan Sungai Pahang petang tadi berikutan cuaca buruk diramal Jabatan Meteorologi hari ini yang turut melibatkan daerah tersebut.

Antara kampung yang dijangka terlibat ialah Kampung Jerangsang, Kampung Simpang Tebing Tinggi, Kampung Batu Kawah, Kampung Tanjung Antan, Kampung Kelola, Kampung Sokti, Kampung Batu Leja, Kampung Pulau Tawar, Kampung Masjid, Kampung Kedondong, Kampung Bandar, Kampung Let Semai dan Kampung Perian.

Selain itu, Kampung Periba, Kampung Tanah Nyior, Kampung Kuala Salan, Kampung Tanah Rom dan Kampung Pedah, Kampung Pamah Dusun, Kampung Buntut Pulau, Kampung Tampak, Kampung Gintong, Kampung Batu Embun, Kampung Batu Embun Seberang, Kampung Batu Balai, Kampung Paya Teh, Kampung Besul dan Kampung Deja.

Kampung Guai, Kampung Kuala Retang, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Rebus,Kampung Sungai Putat, Kampung Paya Garuk, Felda Gelanggi 1 hingga 3, Felda Padang Piol, Kampung Kedondong, Kampung Sungai Siam, Kampung Masjid Lama, Kampung Som, Kampung Baharu dan kawasan sekitarnya turut dijangka terbabit.

Bagi kawasan melibatkan Sungai Tembeling, air dijangka naik malam esok melibatkan Kampung Pasir Tambang, Kampung Keluang, Kampung Jelai, Kampung Gemuruh, Kampung Menunggul, Kampung Pasir Durian, Kampung Batu Balak, Kampung Temperah, Kampung Kuala Pai, Kampung Cabung, Kampung Cancai, Kampung Pasir Sia dan Kampung Kerchih.

Manakala Kampung Jong Berlabuh, Kampung Baharu Tada, Kampung Labu, Kampung Macang Raja, Kampung Batu Garang, Kampung Lubuk Payung, Kampung Rangul, Kampung Merting, Kampung Atuk, Kampung Pasir Sumpit, Kampung Gol, Kampung Batu Kacung, Kampung Lik, Kampung Padang, Kampung Serama, Kampung Tuit dan Kampung Kuala Tahan juga dijangka berdepan bencana itu.

Turut dijangka berlaku banjir malam esok, Kampung Tempan, Kampung Terieh, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kempit, Kampung Pagi, Kampung Lentun, Kampung Keniyam, Kampung Lubuk Pusar, Kampung Tok, Kampung Samas, Kampung Tumpuk, Kampung Relup, Kampung Langgar, Kampung Kumit dan Kampung Beruit.

Selain itu, Kampung Mambang, Kampung Batu Kaloi, Kampung Murai, Kampung Kubong, Kampung Pulau Besar, Kampung Batu Pecah, Kampung Jelapang, Kampung Tembung, Kampung Belukar, Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Lubok Mambang, Kampung Kuala Semena dan Kampung Tembah.

Kampung Peradung, Kampung Peling Kampung Teluk Gedemba, Kampung Tengah Tahil, Kampung Terus, Kampung Bantal Seberang, Kampung Bukit Beduri, Kampung Pamah Limau, Kampung Kucing, Kampung Temuh, Kampung Serting, Kampung Kuala Sat, Kampung Benih dan kawasan sekitarnya.

Semua penduduk di kawasan terlibat diminta berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta amaran banjir disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan twiiter @JPS_InfoBanjir.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!