Paip di Jalan Raja Laut pecah lagi

Kerja pembaikan paip pecah dilakukan kontraktor Syabas.
Kerja pembaikan paip pecah dilakukan kontraktor Syabas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Insiden paip pecah keempat dalam tempoh seminggu dilaporkan berlaku di Jalan Raja Laut di sini pagi tadi.

Difahamkan kejadian dilaporkan jam 8 pagi ini berhampiran persimpangan Lorong Haji Taib.

Trafik dilencongkan susulan dua lorong kanan terpaksa ditutup bagi kerja pembaikan.

Terdahulu, paip pecah di Kuala Lumpur menjadi perhatian selepas sebuah Perodua Myvi terjunam masuk ke lubang seluas tiga meter di Jalan Maharajalela disusuli kejadian paip pecah di Jalan Pinang dan Jalan Dewan Bahasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan punca kejadian tersebut masih disiasat.

Kenyataan sama menyebut kemungkinan insiden berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya pergerakan tanah yang disebabkan oleh gegaran atau hentakan kuat.

Paip pecah juga boleh berlaku disebabkan tekanan air yang tinggi hingga paip lama jenis asbestos cement (AC) tidak dapat menampung tekanan itu.

Artikel Berkaitan: