Kelantan mahu rakyat solat hajat dijauhi banjir besar

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mahu rakyat negeri ini melakukan solat hajat dan berdoa kepada ALLAH SWT supaya Kelantan dijauhi daripada banjir besar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan negeri juga mahu rakyat bersedia dan berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang melanda.

"Semangat saling mengambil berat dan gotong-royong perlu bagi menghadapi ujian tersebut selain berdoa kepada ALLAH SWT.

"Saya berharap seluruh rakyat tidak mengambil mudah setiap arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama melibatkan arahan untuk berpindah.

"Semua pihak mengambil perlu langkah segera dengan bergerak sebelum waktu maghrib. Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika proses pemindahan. Semoga kita semua dapat menghadapi ujian pada musim tengkujuh ini dengan penuh kesabaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan seluruh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap jajahan dan Pengkalan Hadapan sudah sudah bersiap sedia dengan kerjasama pasukan keselamatan termasuk sukarelawan.

Laporan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi hari ini menunjukkan hampir seluruh negeri Kelantan akan mengalami tahap hujan di peringkat bahaya (Merah) selama dua hari.

Artikel Berkaitan: