17 lagi PPS di Kelantan dibuka

Kawasan pesisir Pantai Sabak menunjukkan keadaan ombak yang tinggi dan berbahaya untuk sebarang aktiviti laut sepanjang musim ini.
Kawasan pesisir Pantai Sabak menunjukkan keadaan ombak yang tinggi dan berbahaya untuk sebarang aktiviti laut sepanjang musim ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila 17 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 38 PPS di seluruh negeri ini.

Sehingga jam 3.30 petang, peningkatan jumlah tersebut dilihat ketara berbanding sebanyak 21 PPS yang dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Jumlah mangsa yang terlibat ialah seramai 2,433 orang daripada 663 buah keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air dan juga terkepung.

Mangsa yang terlibat terdiri daripada 1,357 dewasa dan 1,199 kanak-kanak.

Turut dipindahkan seramai 77 bayi, 88 warga emas dan 25 orang kurang upaya (OKU).

Artikel Berkaitan: