21 pusat pemindahan dibuka di Kelantan

Jabatan Meteorologi mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga esok di beberapa kawasan di Kelantan.
Jabatan Meteorologi mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga esok di beberapa kawasan di Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin meningkat apabila sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan 648 mangsa daripada 187 keluarga berikutan hujan tanpa berhenti di beberapa daerah utama di negeri ini.

Berbanding hari kedua petang semalam, hanya seramai 125 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Mangsa banjir terbaru itu turut membabitkan seramai 16 bayi, 24 warga emas dan 14 orang kurang upaya (OKU).

Sehingga jam 10 pagi tadi, beberapa jalan utama di negeri ini juga mula ditutup kepada laluan semua jenis kenderaan akibat limpahan air di beberapa kawasan.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga esok di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.

Artikel Berkaitan: