'Banduan berkaki empat' di Mexico

'Banduan' berkaki empat itu menerima kunjungan kanak-kanak.
'Banduan' berkaki empat itu menerima kunjungan kanak-kanak.
A
A
A

CHIAPAS - Seekor keldai dipenjarakan pihak polis Mexico selepas melarikan diri daripada pemiliknya dan melakukan kerosakan di merata tempat.

'Banduan' berkaki empat yang meloloskan diri daripada pemiliknya di bandar Comitan de Dominguez, negeri Chiapas itu ditangkap lalu disumbat ke dalam penjara setelah merosakkan harta benda penduduk tempatan.

Dilaporkan, pihak polis masih gagal mengesan pemiliknya yang dikehendaki membayar denda dan ganti rugi kerosakan.

Menurut media tempatan, 'banduan' nakal itu akan dikurung sehingga pemiliknya muncul untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam pada itu, keldai terbabit menjadi seperti selebriti apabila sering menerima kunjungan kanak-kanak yang tinggal berhampiran. - Agensi

Artikel Berkaitan: