Angkasa sedia RM1 juta setahun untuk kebajikan

Seramai 50 asnaf kariah masjid menerima sumbangan barangan asas di bawah program Barang Asas 100 (BA100) di bawah inisiatif Angkasa.
Seramai 50 asnaf kariah masjid menerima sumbangan barangan asas di bawah program Barang Asas 100 (BA100) di bawah inisiatif Angkasa.
A
A
A

JOHOR BHARU - Penubuhan koperasi bukan sekadar menjalankan aktiviti perniagaan sebaliknya koperasi memainkan peranan penting dalam kesejahteraan masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, program CSR selaras dengan salah satu prinsip koperasi iaitu prihatin terhadap masyarakat.

Menurutnya, Angkasa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun bagi melaksanakan pelbagai program sedemikian.

“Dalam tempoh lapan tahun ini, Skim Infaq Lil Waqf Angkasa mengumpul sumbangan berjumlah RM13 juta termasuk sumbangan daripada Angkasa sebanyak RM1 juta setiap tahun.

“Kutipan dana diperoleh daripada kalangan anggota koperasi, syarikat korporat serta individu persendirian. Kita turut memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam di luar negara,” katanya.

Beliua berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf kariah Masjid Jamek As-Syakirin, Bukit Saujana di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Johor, Sazali Abd Hamid; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Johor, Ibrahim Husain dan Ahli Lembaga ICA, Datuk Kamarudin Ismail.

Artikel Berkaitan:

Abdul Fattah (lima dari kanan) menyerahkan replika cek berjumlah RM5,000 sumbangan untuk asnaf kariah Masjid Jamek As-Syakirin, Johor Bahru semalam.
Abdul Fattah (lima dari kanan) menyerahkan replika cek berjumlah RM5,000 sumbangan untuk asnaf kariah Masjid Jamek As-Syakirin, Johor Bahru semalam.

Turut hadir, Pengarah Serantau ICA-AP, Balu G Iyer; Pengerusi Masjid Jamek As-Syakirin Bukit Saujana, Johor Bahru, Fuad Fadzil dan Penasihat Korporat Angkasa (Sektor Koperasi), Datuk Md Yusof Samsudin.

Dalam pada itu Abdul Fattah berkata, koperasi di setiap negara Asia Pasifik diminta mengemukakan cadangan kepada kerajaan masing-masing mewujudkan perdagangan bebas yang adil bagi pemasaran produk koperasi di rantau ini.

Katanya, cadangan tersebut dicapai pada Seminar International Cooperative Alliance Asia Pacific (ICA-AP) Cooperative to Cooperative (C2C) Trade di sini yang disertai 93 peserta mewakili koperasi daripada 17 negara Asia Pasifik.

Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha tersebut dapat mempercepatkan proses kemasukan sesuatu produk ke negara terbabit yang perlu melalui pelbagai prosedur.

Menurutnya, kelonggaran syarat dan peraturan tertentu memangkin pergerakan perniagaan antara koperasi di pasaran antarabangsa.

“Sebelum mengeksport produk, kita perlu tahu syarat ditetapkan sesebuah negara yang melibatkan beberapa agensi seperti kastam, kesihatan dan sebagainya.

“Kita cadangkan kepada peserta seminar supaya bila balik nanti kemukakan cadangan itu kepada kerajaan negara masing-masing. Ia usaha bagi fasa pertama. Dalam fasa kedua, pelan strategik kita mahu