X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia dipilih semula menganggotai IMO

Wisma Putra
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia telah berjaya dipilih semula menganggotai Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) di bawah Kategori C untuk tempoh 2020-2021, kata Wisma Putra.

Malaysia berjaya memperoleh 142 undi secara keseluruhan pada undi tertinggi ketiga di kalangan 24 calon lain dalam kategori yang sama. Ia adalah penggal kelapan berturut-turut Malaysia dipilih ke pertubuhan itu.

Keputusan itu dicapai semasa pemilihan Majlis IMO yang diadakan semalam (29 November) semasa Sidang Biasa Perhimpunan IMO ke-31 di ibu pejabat IMO di London, United Kingdom.

"Ini telah mencatatkan jumlah tertinggi undi Malaysia yang pernah diterima sejak Malaysia menjadi Ahli Majlis IMO sejak tahun 2006. Pencapaian ini merupakan satu gambaran yang kukuh terhadap keyakinan berterusan oleh komuniti maritim peranan Malaysia sebagai anggota majlis," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada pemilihan sebelum ini untuk penggal 2018-2019, Malaysia menduduki tempat kesembilan dengan 131 undi. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus