Dua kereta remuk ditimpa pokok

Muhammad Iqbal menunjukkan keadaan keretanya yang rosak akibat ditimpa pokok dalam kejadian ribut, semalam.
Muhammad Iqbal menunjukkan keadaan keretanya yang rosak akibat ditimpa pokok dalam kejadian ribut, semalam.
A
A
A

IPOH - Kejadian ribut yang melanda lebih 30 rumah di sekitar Manjoi semalam turut menjejaskan beberapa rumah di taman perumahan berhampiran.

Taman Sri Tahan, Silibin, turut tidak terkecuali apabila beberapa rumah termasuk kenderaan turut rosak.

Antara yang menjadi mangsa adalah Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Perak, Muhammad Iqbal Dinzly Mohd Saifuddin apabila dua keretanya rosak ditimpa pokok besar dalam kejadian ribut itu.

Menceritakaan keadaan itu, beliau berkata, ketika kejadian kedua-dua keretanya di parkir di luar rumah.

Katanya, semasa kejadia juga dia tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di pusat bandar Ipoh.

"Saya cuma dapat panggilan mengatakan kereta saya ditimpa pokok dan saya terus bergegas pulang.

"Selain dua kereta yang rosak teruk, bahagian awning (sengkuap) depan rumah turut rosak," katanya kepada pemberita, hari ini.

Muhammad Iqbal berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau mencadangkan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memotong dahan pokok yang merimbun di sekitar bandar raya bagi mengurangkan risiko pokok tumbang.

"Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Saya harap sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan kejadian pokok tumbang akibat ribut dapat dikurangkan.

"Setakat ini saya tak dapat nak anggarkan kerugian bagaimanapun saya syukur kerana tak berlaku kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya.

Sementara itu, ibunya, Lalitol Akmar Mohamed Shafie, 69, berkata, ketika kejadian semalam, bermula dengan hujan rintik-rintik sebelum tiba-tiba lebat.

Katanya, apabila diintai ke luar rumah, dia melihat pokok besar tumbang dan menimpa dua kereta Muhammad Iqbal.

"Alhamdulillah, tak lama lepas kejadian itu, beberapa pihak dan agensi terus datang membantu potong pokok yabg tumbang. Semua selesai dengan cepat.

"Terima kasih kepada yang membantu. Ini semua kehendak ALLAH dan kita kena reda," katanya yang tinggal di situ sejak 33 tahun lalu.