X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air 32 kawasan pulih secara berperingkat hari ini

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air di 32 kawasan di Gombak dan Hulu Selangor yang mengalami gangguan sejak malam tadi dijangka pulih secara berperingkat hari ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som dalam satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching dilaksanakan semalam seperti yang dimaklumkan kepada orang ramai pada 18 November lalu.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf tersebut dijangka siap pagi ini.

"Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja penggantian siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat.

"Pihak kami berharap pengguna di kawasan terjejas telah melakukan persiapan awal dalam menghadapi gangguan bekalan air berjadual ini dengan menyimpan air secukupnya sehingga tempoh pemulihan," katanya.

Beliau berkata, pengguna boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat dan status terkini.

" Pengguna juga boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke 019281 6793 atau 0192800919 untuk sebarang bantuan," katanya lagi.

Terdahulu, sebanyak 15 kawasan di Gombak dan 17 di Hulu Selangor melibatkan 22,958 akaun pelanggan berdaftar dilapor terjejas dengan gangguan bekalan air sementara berikutan pelaksanaan kerja menaik taraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan gangguan bekalan selama 20 jam itu disasarkan pulih sepenuhnya pada 5 petang ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!