X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan rumah, bengkel kereta terbakar

Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran yang berlaku di kampung berhampiran Taman Cemerlang, Jelutong pagi tadi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
A
A

GEORGETOWN - Lapan buah rumah dan sebuah bengkel kenderaan musnah dalam kebakaran yang berlaku di kampung berhampiran Taman Cemerlang, Jelutong di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba 1, A'Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 11.44 pagi sebelum dua buah jentera bergegas ke lokasi untuk kerja memadamkan kebakaran.

Menurutnya, setibanya ke lokasi didapati empat buah rumah telah hangus namun dengan bantuan dari tiga jentera bomba dari Balai Bomba Paya Terubong dan Lebuh Pantai kebakaran dapat dikawal tidak lama kemudian.

"Kita menghadapi kesukaran untuk masuk ke lokasi kebakaran berikutan jalan di kawasan kampung ini terlalu sempit.

"Kita terpaksa meletakkan jentera bomba jauh 500 meter dari kawasan kejadian dan ia sedikit mengganggu kerja-kerja memadamkan kebakaran.

"Kebakaran terus merebak dan menyambar empat buah rumah lagi serta sebuah bengkel kenderaan berhampiran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran yang berlaku di kampung berhampiran Taman Cemerlang, Jelutong pagi tadi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran yang berlaku di kampung berhampiran Taman Cemerlang, Jelutong pagi tadi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

A'Azelan berkata, disebabkan struktur bangunan yang terbakar kebanyakan diperbuat daripada kayu menyebabkan api cepat merebak dan asap tebal menyelubungi sekitar kawasan kejadian.

Katanya, seorang anggota bomba dan seorang lelaki yang berada berhampiran lokasi kejadian mengalami sesak nafas selepas terhidu asap tebal.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Sehingga kini pasukan bomba masih lagi melalukan kerja-kerja memadamkan kebakaran bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya.

"Punca dan jumlah kerugian akibat kejadian ini akan disiasat oleh pasukan forensik kebakaran selepas selesai operasi memadamkan kebakaran," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!