X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] 'Merempit, buat kacau rai habis SPM'

Sekumpulan pelajar sekolah yang tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam 'berpesta' di jalan raya dengan aksi yang membahayakan diri sendiri dan orang lain apabila menunggang motosikal secara melulu di beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka.
A
A

MELAKA - Sekumpulan pelajar sekolah yang tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam 'berpesta' di jalan raya dengan aksi yang membahayakan diri sendiri dan orang lain apabila menunggang motosikal secara melulu di beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka.

Antara kawasan terlibat termasuk di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.

Tindakan tersebut bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, malah kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya sehingga menyebabkan pengguna lain terpaksa 'beralah' memberi laluan kepada mereka.

Selain merakam aksi-aksi ngeri kumpulan pelajar berkenaan, aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merokok secara terang-terangan di kawasan awam turut dirakam hingga tular di laman sosial.

Video berdurasi 35 saat dimuat naik di Twitter @HermyRahim itu jelas memaparkan tindak-tanduk sekumpulan pelajar tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri termasuk pengguna lain.

Bagaimanapun aksi mereka itu dapat dihidu pihak berkuasa dan video itu jelas menunjukkan sekumpulan pelajar ditahan anggota polis trafik.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Hassan Basri Yahya berkata, bertindak atas aduan, pihaknya mengeluarkan 17 saman kepada 17 pelajar lepasan SPM itu atas pelbagai kesalahan.

Antaranya termasuk tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.

Jelasnya, kesemua kesalahan itu masing-masing 15 di Klebang dan dua di Bandaraya Melaka.