100,000 usahawan disasar sertai OGOShop

Datuk Che Abdullah Mat Nawi (empat dari kanan) memegang plak khas ketika melakukan perasmian Majlis Pra-Pelancaran OGOShop di sini.
Datuk Che Abdullah Mat Nawi (empat dari kanan) memegang plak khas ketika melakukan perasmian Majlis Pra-Pelancaran OGOShop di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Berkonsepkan e-dagang serta rangkaian peruncitan, OGOShop.my merupakan salah satu platform perdagangan usahawan muslim dan produk 'halalan toyyiban' yang dilancarkan di seluruh negara pada 1 Januari depan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SGi Global Ventures, Norfasham Matsugi berkata, platform yang menggabungkan dua medium tersebut dibangunkan oleh SGi Global Ventures (SGi Global Ventures) Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh bumiputera.

“Dalam tempoh dua tahun pertama pelancaran OGOShop.my, kita menyasarkan penyertaan 100,000 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

"OGOShop adalah sebuah gedung yang membantu memasarkan produk halal keluaran usahawan IKS secara digital dan secara rangkaian kedai runcit di seluruh negara dengan sistematik.

"Aplikasi ini dijadual beroperasi pada 1 Januari 2020 dan bermula tarikh itu, segala pembelian produk atau perkhidmatan menerusi OGOShop boleh diakses pelanggan dari seluruh dunia," katanya dalam sidang akhbar selepas Pra-pelancaran Ogoshop di sini.

Majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir Penasihat Diraja OGOShop.My, Datuk Tunku Iskandar Dzulkarnain Tunku Ismail dan Presiden Persatuan Pengguna lslam Kelantan (PPIK), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani.

Menurutnya, produk yang tidak sesuai dihantar secara pos seperti beras dan gula akan dijual melalui rangkaian kedai runcit OGOMart yang akan dilantik nanti secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, OGOShop juga menggunapakai polisi yang diadaptasi daripada prinsip perkongsian rezeki sebagaimana terdapat dalam mekanisme hibah atau lebih dikenali dengan nama 'cash back'.

"Setiap keuntungan diperolehi terutama transaksi daripada pembekal akan disalurkan semula kepada semua pihak sama ada pengguna, komuniti usahawan, serta stokis rangkaian peruncitan OGOMart," katanya.