Imigresen Kedah tahan 122 warga asing

Antara warga asing ditahan.
Antara warga asing ditahan.
A
A
A
LANGKAWI - Imigresen Kedah menahan 122 warga asing pelbagai warganegara dalam Ops Mega 3.0 di Pulau Langkawi, Ahad lepas.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata, mereka ditahan dalam pemeriksaan di 21 lokasi termasuklah premis kediaman, rumah kongsi, asrama pekerja dan restoran di pulau itu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 234 orang pelbagai warganegara dan bertindak atas maklumat disalurkan orang ramai.

"Daripada jumlah itu, seramai 122 warga asing pelbagai warganegara berusia antara 18 hingga 52 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan imigresen.

"Antara ditahan, 39 warga Bangladesh, 36 warga Myanmar, 21 warga Pakistan, 16 warga India,tujuh warga Indonesia, dua warga Thailand dan seorang warga Yemen," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Seramai 122 warga asing ditahan dalam Ops Mega 3.0.

Seramai 122 warga asing ditahan dalam Ops Mega 3.0.
Seramai 122 warga asing ditahan dalam Ops Mega 3.0.



"Antara kesalahan lain, ialah di bawah Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu memiliki pas, permit dan dokumen perjalanan palsu," katanya.

Artikel Berkaitan:


Katanya, mereka ditahan turut disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama iaitu tinggal lebih masa serta Per.39 (B) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Sehubungan itu, katanya, mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik.

Terdahulu, operasi bermula jam 7.45 petang hingga 5.30 pagi itu disertai 32 Pegawai Imigresen Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah dan Perlis dengan kerjasama 21 anggota Marin, 82 anggota Rela dan 10 anggota APMM.