X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan dua ADUN Melaka tak boleh diterima, kata Anwar

Anwar Ibrahim - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam tidak dapat diterima, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan kedua-dua ADUN itu, Ginie Lim Siew Lin (Machap Jaya) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) menyaksikan DUN Melaka menolak usul pelantikan Pengerusi PKR Melaka, Datuk Halim Bachik sebagai Ahli Dewan Negara kerana kekurangan undi.

Menurut Anwar, beliau sedang berhubung dengan kedua-dua ADUN itu dan sepatutnya berjumpa mereka hari ini.

"Ini tentunya tidak dapat diterima kerana mereka harus menghormati keputusan negeri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Semalam, DUN Melaka menolak usul pelantikan Halim sebagai Ahli Dewan Negara selepas pengundian menyaksikan 13 ADUN menolak manakala 12 ADUN menyokong dan tiga ADUN berkecuali.

Semua 13 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak usul itu sementara 12 ADUN Pakatan Harapan (PH) menyokong, bagaimanapun dua ADUN PH daripada PKR tiada dalam dewan ketika undian dilakukan.

Keadaan itu menyebabkan Speaker DUN Melaka, Datuk Omar Jaafar mengumumkan keputusan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: DUN Melaka tolak usul lantik Pengerusi PKR Melaka sebagai senator

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengetepikan dakwaan sesetengah pihak menyatakan kerajaan pintu belakang mungkin bermula di Melaka.

“Saya tak fikir begitu bagaimanapun, dari segi parti kita tetap pertahan kerajaan PH termasuk Ketua Menteri Melaka sekarang,” katanya.