Tak gentar diugut bunuh: Akmal Nasrullah

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan beliau tidak gentar dengan ugutan cat merah dan bangkai ayam yang dilemparkan ke pejabatnya di Johor Bahru pagi tadi.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan beliau tidak gentar dengan ugutan cat merah dan bangkai ayam yang dilemparkan ke pejabatnya di Johor Bahru pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan beliau tidak gentar dengan ugutan cat merah dan bangkai ayam yang dilemparkan ke pejabatnya di Johor Bahru pagi tadi.

Menurutnya, beliau telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan menyerahkannya kepada mereka untuk siasatan lanjut.

“Cuma saya ambil maklum keadaan tersebut kerana mesej itu merupakan ugutan bunuh. Kami telah laporkan kepada polis dan serahkan kepada mereka untuk buat siasatan yang selanjutnya.

“(Ada syak sesiapa?) Saya tak mahu spekulasi mana-mana pihak. Kita bagi ruang kepada polis. Cuma politik ugutan seperti ini tidak sepatutnya berlaku pada masa kini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman di Johor dibaling cat merah dan bangkai ayam dipercayai berlaku malam tadi.

Akmal Nasrullah yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, perkara berkenaan mula disedari pihaknya apabila salah seorang kakitangan pusat khidmat itu mahu membuka premis berkenaan kira-kira jam 7.20 pagi hari ini.

Dalam pada itu, beliau enggan mengulas pertanyaan media bertanyakan adakah insiden tersebut berkait dengan pertelagahan yang berlaku membabitkan AMK kebelakangan ini.

“Tak mahu spekulasi cuma saya akan terus menyuarakan pandangan daripada akar umbi, cuba selesaikan masalah rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Dari segi Parlimen, saya hadir ke Parlimen tapi yang paling penting tanggungjawab ataupun amanah itu saya akan buat macam biasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Pusat khidmat MP Johor Bahru dibaling cat merah, bangkai ayam