X

Kindly register in order to view this article
!

Surat tawaran projek palsu guna nama Exco

Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A

KUANTAN - Polis sedang mengenal pasti individu yang cuba memalsukan dokumen menggunakan nama seorang Exco kerajaan negeri dipercayai bagi tujuan menipu tawaran projek.

Cubaan menipu menggunakan namanya disedari pengadu (Exco berkenaan) selepas mendapati kandungan surat tawaran tersebut tidak benar dan tandatangan digunakan bukan miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pengadu mengetahui mengenai surat tawaran palsu menggunakan namanya selepas dimaklumkan pegawainya pada 15 November lalu.

"Surat tersebut membabitkan tawaran projek penswastaan menukar lampu sedia ada dengan lampu jenis diod pemancar cahaya (LED) kepada sebuah syarikat.

"Pengadu meneliti kandungan surat tersebut dan mendapati tawaran tersebut tidak benar manakala tandatangan pada surat berkenaan juga bukan miliknya.

Menurutnya, Exco berkenaan membuat laporan polis semalam bagi membersihkan namanya dan kerajaan negeri selain bagi mengelak sebarang isu yang mungkin timbul berkait surat tawaran palsu itu.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 466 dan Seksyen 467 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dan menggunakan dokumen palsu," katanya.