Agong letak jawatan bukan perkara biasa: Annuar

A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong bukanlah perkara biasa malah pertama kali dalam sejarah negara.

Menerusi ciapan di laman Twitter beliau, Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan tidak kira apa juga puncanya, perkara itu tidak mungkin dapat disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan]

“YDPA meletak jawatan, bukan perkara biasa malah kali pertama dalam sejarah negara....apa jua puncanya, tidak mungkin boleh disembunyi daripada rakyat.

“Khabarnya, dalam soal nak lantik pengganti juga, jari jemari luar sedang sibuk mengatur langkah,” katanya.

Hari ini, Sultan Muhammad meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 januari 2019.



[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan: Rakyat terkejut, tertanya-tanya]

Perkara itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui kenyataan media Istana Negara, hari ini.

"Bagi menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Ungkapan 'sila duduk, jangan lari' pasti dikenang]