20 pemain bola sepak wanita bawa cabaran di Filipina

No Image Caption
A
A
A

KETUA jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph menyenaraikan 20 pemain untuk menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina yang dijadual bermula 26 November hingga 8 Disember.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan negara telah berlepas ke Manila pagi tadi, bagi menghadapi saingan Kumpulan A bertemu pasukan tuan rumah, Filipina pada Jumaat ini (29 November, 8 malam).

Malaysia seterusnya akan bertemu pasukan Myanmar pada 2 Disember (4 petang).

Jika Malaysia berjaya muncul sebagai dua pasukan teratas Kumpulan A, mereka layak ke separuh akhir yang dijadual pada 5 Disember untuk bertemu pasukan daripada Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan, Vietnam, Thailand atau Indonesia.

Aksi final dan perlawanan penentuan tempat ketiga dijadualkan pada 8 Disember.

Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, skuad negara menamatkan cabaran di kedudukan tercorot dalam kalangan lima pasukan di peringkat kumpulan.

Untuk rekod, Malaysia tewas kesemua empat perlawanan di peringkat kumpulan.

Berikut senarai 20 pemain:

Artikel Berkaitan:

Penjaga gol - Nurul Azurin Mazlan, Asma Junaidi.

Pertahanan - Malini Nordin, Maizura Maurice, Usliza Usman, Noor Mianah Balanting, Alice Mic Midheal, Ainie Tulis, Jessica Susanne Mailu.

Pemain tengah - Jaciah Jumilis, Pedrolia Martin Sikayun, Dadree Rofinus, Ji. Fedalliah Claritta Jaimin, Eva Olivianie Antinus, Shereilynn Elly Pius, Nurul Izzati Zainol, Andrea Lee Xin Yi, Nur Faiqah Safira Farid.

Penyerang - Norhanisa Yahya, Sihayaajad. - Bernama