Angkasawan tanam pokok di Langkawi

Sheikh Muszaphar (kiri) dan Anton Nikolaevich Shkaplerov (kanan) menanam pokok kelapa di tepi pantai.
Sheikh Muszaphar (kiri) dan Anton Nikolaevich Shkaplerov (kanan) menanam pokok kelapa di tepi pantai.
A
A
A

LANGKAWI - Angkasawan pertama Malaysia dan Rusia memberi sokongan penuh terhadap program pengurusan perubahan iklim Green Mentoring Walk & Tour (GMWT) 2019.

Program sulung GMWT itu dianjurkan oleh Gitex Global Network Events & Tours untuk mewujudkan kesedaran tentang perubahan iklim dan pelancongan hijau.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Gitex dan Future Forest Sdn Bhd, Safinah Yaakob berkata, program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini bermula pada 20 November dan berakhir hari ini.

Menurutnya, program itu disertai bersama angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan angkasawan Russia, Anton Nikolaevich Shkaplerov sebagai mentor untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan minat mereka dalam mempromosikan amalan kelestarian yang baik untuk industri pelancongan.

"Ia membawa pendekatan baru, kreatif dengan mengintegrasikan matlamat pembangunan lestari dalam industri pelancongan," katanya.

Safinah berkata, program ini diadakan dengan acara tanaman pokok buluh dan kelapa.

"Pokok buluh dan kelapa ditanam semasa sesi penanaman pokok dengan angkasawan dan peserta bagi memberi manfaat kepada semua.

"Manfaat penanaman buluh adalah untuk membantu mencegah hakisan tanah yang boleh merosakkan dan memusnahkan tanah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, menanam pokok kelapa di kawasan pesisiran pantai juga mempunyai faedah sosial dan ekonomi tertentu.

"Pokok kelapa dapat tumbuh dengan baik di kawasan pantai dan ia juga dapat mengurangkan kesan gelombang besar, pemutus angin serta membekalkan sumber makanan untuk manusia," katanya.

Katanya, kedua-dua tanaman ini juga sangat bernilai tinggi kerana mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada memberi kesan yang mampan terhadap alam sekitar.

Sheikh Muszaphar (kiri) dan Anton Nikolaevich Shkaplerov (kanan) menanam pokok kelapa di tepi pantai.
Sheikh Muszaphar (kiri) dan Anton Nikolaevich Shkaplerov (kanan) menanam pokok kelapa di tepi pantai.