Presiden Brazil tubuh parti baharu

Jair Bolsonaro
Jair Bolsonaro
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro semalam menyertai konvensyen pertama parti politik baharu, perikatan Brazil yang ditubuhkannya, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Selasa lalu, presiden itu secara rasmi meninggalkan Parti Liberal Sosial (PSL) yang disertainya kurang dua tahun.

Bolsonaro tidak sehaluan dengan Presiden PSL Luciano Bivar dan mengambil keputusan untuk menubuhkan parti baharu yang akan diketuainya.

Pada konvensyen itu, Bolsonaro mengulas mengenai langkah-langkah yang perlu untuk parti itu diiktiraf secara rasmi oleh Mahkamah Agong Pilihan Raya (TSE) supaya dapat menyertai pilihan raya akan datang.

Di bawah undang-undang Brazil, untuk menyertai pilihan raya perbandaran tahun depan, Perikatan itu perlu memenuhi beberapa syarat termasuk mengumpul dan mengesahkan tandatangan 500,000 pengundi sekurang-kurangnya dari sembilan negeri menjelang Mac 2020.

Bolsonaro mengakui adalah sukar untuk parti itu memenuhi tarikh akhir sebelum pilihan raya 2020.

Menurutnya usaha itu mungkin berjaya jika TSE membenarkan tandatangan diperoleh melalui sistem elektronik.

"Minggu depan, TSE akan membuat keputusan sama ada kita boleh mengumpul tandatangan secara elektronik, jika berjaya saya yakin dengan sokongan anda, kita dapat memperoleh 500,000 tandatangan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: