Melaka tolak penanaman ketum

Chee Leong ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri hari ini.
Chee Leong ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini bahawa kerajaan Melaka menolak penanaman ketum secara komersial di negeri itu.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong berkata, pendirian kekal kerajaan negeri itu bertepatan dengan keputusan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di Pulau Pinang baru-baru ini berikutan penggunaan daun ketum sering kali disalah guna.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan penguatkuasaan besar-besaran bagi mengawal perkara tersebut.

"Sebenarnya sejak 2003, kerajaan telah meletakkan penggunaan daun ketum di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu pesalah boleh dihukum penjara maksimum selama empat tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Operasi akan dijalankan bagi membanteras gejala dadah yang berlaku di negeri ini termasuk pelbagai langkah lain iaitu membanteras sehingga ke peringkat kampung dan pedalaman," katanya.

Chee Leong berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Chee Leong berkata, beliau akan membawa usul pengharaman penggunaan rokok elektronik (vape) di negeri ini pada persidangan akan datang.

Menurutnya, isu itu perlu diberi perhatian serius memandangkan seawal usia pelajar sekolah rendah telah didapati mula menghisap rokok elektronik dan pengharaman vape selari dengan cadangan fatwa negeri.

Artikel Berkaitan:

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dimuktamadkan pada 2016 iaitu kerajaan negeri telah mengharamkan penggunaan vape di seluruh Melaka mengikut cadangan fatwa di negeri ini.

"Bagi memperluaskan penguatkuasaan itu, kerajaan negeri memandang serius dan akan membawa perkara itu untuk dihujahkan pada persidangan seterusnya," katanya.