X

Kindly register in order to view this article
!

Video penyokong Indonesia dipukul: Biar polis siasat, kata menteri

Syed Saddiq menerusi ciapan di Twitternya malam tadi.
A
A

PIHAK polis sudah dimaklumkan untuk menyiasat video tular yang mendakwa penyokong Indonesia dipukul ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia Selasa lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu perkara itu melalui ciapan di Twitter rasminya, malam tadi.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis untuk siasat. Kalau ada pihak yang dipukul, tolong suruh dia buat laporan ke pihak polis.

“Kami akan memastikan siasatan akan dibuat secara wajar dan telus. Keadilan adalah untuk semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia,” katanya.

Semalam, seorang pengguna Twitter memuat naik video berdurasi 45 saat yang menunjukkan beberapa individu dipercayai penyokong Indonesia dipukul sekumpulan lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Indonesia mahu Malaysia mohon maaf jika penyokong mereka diancam

Menurut pemilik Twitter itu juga, keterangan video itu dikatakan menghina mereka serta menambah kemarahan penyokong Indonesia.

Justeru, dia meminta Syed Saddiq membuat permohonan maaf dan mengambil tindakan sepatutnya.

“Seperti mana anda menuntut Indonesia meminta maaf sebelum ini, kami juga berharap anda juga melakukan perkara sama,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!