Kertas soalan kurang punca peperiksaan Chemistry lewat

Permohonan maaf Lembaga Peperiksaan di atas kelewatan calon menduduki peperiksaan Chemistry Kertas 3 hari ini.
Permohonan maaf Lembaga Peperiksaan di atas kelewatan calon menduduki peperiksaan Chemistry Kertas 3 hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelewatan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan Chemistry Kertas 3 – Amali Bertulis (Kod Kertas 4541/3) petang tadi adalah disebabkan masalah teknikal kerana pusat peperiksaan terlibat mengalami kekurangan kertas soalan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, perkara itu telah diselesaikan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

"Lembaga Peperiksaan juga turut memohon maaf atas kelewatan itu kepada semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut yang dijadualkan bermula pada jam 2 hingga 3.30 petang tadi.

“Lembaga Peperiksaan amat kesal dengan kejadian yang berlaku dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh calon dan ibu bapa akibat masalah teknikal berkenaan.

"Lembaga Peperiksaan sedaya upaya memastikan kebajikan dan keadilan kepada calon sentiasa diberikan keutamaan,” menurut kenyataan itu.

Katanya, Lembaga Peperiksaan akan mengambil perhatian serius terhadap perkara itu agar tidak berulang pada masa akan datang. - Bernama

Artikel Berkaitan: