Sila log masuk terlebih dahulu.

KPM teliti isu 14,858 calon tidak hadir duduki SPM

A
A
A

KPM teliti isu 14,858 calon tidak hadir duduki SPM

BERITA MOJO 11 JUN 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti isu ketidakhadiran seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi menduduki peperiksaan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sedang meneliti data ketidakhadiran calon, sekali gus mencari mekanisme sewajarnya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata sedemikian selepas lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, Kedah, pada Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/262850/berita/nasional/14858-calon-tidak-hadir-duduki-spm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian