Tiga warga Indonesia kantoi curi sawit

Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Keasyikan tiga warga Indonesia mengait kelapa sawit curi di Jalan Parit Jawa, Kampung Tebuk jawa, di sini membawa padah apabila mereka ditangkap pemilik kebun dan penduduk kampung, pagi semalam.

Kejadian jam 11.05 pagi itu disedari pemilik kebun berusia 48 tahun apabila ternampak suspek sedang mengait sawit di kebunnya.

Ketua Polis Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, menyedari diperhatikan, semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun cuba melarikan diri dari lokasi, namun berjaya ditangkap.

"Pemilik kebun mendapati sebanyak 40 tandan sawit bernilai RM500 dinaikkan di atas lori Daihatsu yang digunakan suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.

Nor Azmi memberitahu, polis turut merampas lori berkenaan, buah kelapa sawit yang dicuri serta peralatan yang digunakan untuk mencuri.

Katanya, semua suspek termasuk dua daripadanya yang tiada dokumen perjalanan sah mengaku terbabit dalam kes tersebut kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Artikel Berkaitan: