DAP tidak pernah menidakkan keistimewaan orang Melayu: Rayer

Rayer (kiri) ketika Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini. - Foto: Sinar Harian
Rayer (kiri) ketika Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini. - Foto: Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - DAP tidak pernah menidakkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, DAP menghormati hak orang Melayu dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu.

“DAP tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia.

"Hak keistimewaan orang Melayu termaktub dan dinyatakan jelas dalam Perlembagaan.

“Siapa DAP? DAP hanya parti politik tapi DAP akan perjuangkan lebih baik daripada UMNO, pertahankan orang Melayu dan Islam di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini.

Debat tersebut turut disertai Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan dikendalikan personaliti televisyen, Saiful Nizam Ismail.

Artikel Berkaitan: