Pemberian wang ihsan minyak bukti PH amal politik matang

Rayer dalam program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini. -Foto Sinar Harian
Rayer dalam program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini. -Foto Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mula mentadbir negara membuktikan parti itu mengamalkan politik matang.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, mengambil contoh wang ihsan minyak kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu, Rayer berkata, wang itu tetap diberi walaupun kedua-dua negeri itu dipimpin pembangkang.

“Walaupun dipimpin Pas yang kini bekerjasama dengan UMNO, kita lihat ia tidak menjadi isu di mana wang itu tetap disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini.

Debat tersebut turut disertai Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan dikendalikan personaliti televisyen, Saiful Nizam Ismail.

Artikel Berkaitan: